Siaran antarabangsa Descendants of the Sun

  • Syarikat penerbitan, NEW berkata bahawa drama ini telah dieksport kepada 32 negara.[19]
  • Di China, ia disiarkan serentak dengan siaran Korea Selatan di mana ia telah disiar melalui iQiyi dan telah ditonton sebanyak 2.3 bilion kali setakat bulan April 2016.[20] Populariti drama ini di China menimbulkan kebimbangan Kementerian Keselamatan Awam negara ini. Mereka kemudiannya memberi amaran melalui akaun rasmi Weibo terhadap penonton drama ini "menonton drama Korea boleh menjadi berbahaya dan juga membawa kepada masalah undang-undang". Ia ialah sebahagian daripada kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan pegawai-pegawai China yang berwaspada dengan pengaruh yang semakin meningkat budaya pop Korea kepada penduduk China sejak drama My Love from the Star pada tahun 2014.[21]
  • Di Greece, drama ini mula disiarkan pada 7 Disember 2016 menerusi saluran TV100.
  • Di Hong Kong, ia disiarkan melalui Viu bersama sarikata bahasa Cina Tradisional empat jam selepas siaran asal. Ia juga disiarkan melalui ViuTV.[22][23]
  • Di India, versi alih suara Bahasa Hindi mula disiarkan pada 8 Februari 2017 menerusi saluran Zindagi.[24]
  • Di Indonesia, drama ini boleh ditonton menerusi Viu bersama sarikata Bahasa Indonesia.[25] Ia mula disiarkan menerusi saluran RCTI pada 25 Julai 2016.[26]
  • Di Jepun, drama ini mula ditayangkan pada bulan Jun 2016 menerusi saluran, Eisei Gekijou. Terdapat laporan bahawa drama ini telah dijual dengan harga AS$100,000 setiap episod.[27]
  • Di Kemboja, drama ini pertama kali ditayangkan pada 5 Ogos 2016 menerusi saluran Hang Meas HDTV dengan tajuk, រឿងភាគកូរ៉េ "ម្ចាស់ព្រះអាទិត្យ dengan alih suara Bahasa Khmer.[28]
  • Di Malaysia, drama ini disiarkan melalui Viu dalam sarikata Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina dalam tempoh 24 jam siaran asal Korea Selatan.[29][30][31] Ia juga disiarkan menerusi saluran KBS World melalui Astro bermula 2 Mac sehingga 21 April 2016. Drama ini mula disiarkan menerusi saluran 8TV pada 9 Jun 2016 bersama sarikata Bahasa Melayu.[32]
  • Di Filipina, GMA Network mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan drama ini pada tahun 2016 sebagai sebahagian daripada program GMA The Heart of Asia.[33]
  • Di Singapura, drama ini disiarkan melalui Viu bersama sarikata Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Setiap episod tersedia untuk ditonton lapan jam selepas siaran asal Korea Selatan. [34] Semasa tempoh siaran, ia merupakan rancangan yang paling banyak ditonton melalui Viu di negara ini dan mendapat rating setinggi 31.8%.[35][36] Statistik daripada bulan Mac 2016 menunjukan kira-kira 60% pengguna Viu menonton drama ini. [37] Semasa minggu susulan episod terahir, lapan lagu daripada runut bunyi drama ini menduduki 10 tempat teratas, termasuk enam tempat teratas dalam carta lagu 30 Teratas Singapura.
  • Di Thailand, drama ini mula disiarkan pada 7 Mei 2016 menerusi saluran Channel 7.[38] Sebelum siaran drama ini di Thailand, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha menyeru rakyat Thailand untuk menonton drama ini dengan mendakwa bahawa drama ini menyampaikan mesej "patriotik, pengorbanan, mentaati perintah dan menjadi warganegara yang berbakti".[39] Bintang drama ini, Song Joong-ki, melawat Thailand pada bulan Mei 2016 untuk mempromosi drama ini sebagai sebahagian daripada jelajah Asia beliau.[40]
  • Di Vietnam, drama ini mula disiarkan semasa musim luruh menerusi saluran HTV2.[41][42]
  • Di peringkat global, drama ini boleh ditonton melalui Viki bersama sarikata dalam pelbagai bahasa. Setiap episod tersedia untuk ditonton beberapa jam selepas siaran asal Korea Selatan.[43] Drama ini juga disiarkan di seluruh dunia menerusi saluran KBS World bersama sarikata Bahasa Inggeris.[44]

Rujukan

WikiPedia: Descendants of the Sun http://www.allkpop.com/article/2015/06/song-joong-... http://news.asiaone.com/news/showbiz/chinese-love-... http://atimes.com/2016/04/descendants-of-the-sun-s... http://www.dramafever.com/news/song-joong-ki-retur... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/A... http://isplus.live.joins.com/news/article/article.... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2015... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://kpopherald.koreaherald.com/view.php?ud=2016... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20160106001...